Antara Tuding Jari dan Cermin Diri

Michael Jackson - Man in the Mirror​

Pernahkah anda berada dalam satu situasi di mana setiap kali tugasan gagal, jawapan yang pertama keluar bukan "Maaf, saya akan perbaiki," tetapi "Ini salah si A," atau "Si B yang tak hantar barang"? Di pejabat, budaya tuding-menuding ini seolah-olah sudah menjadi satu 'standard operating procedure' (SOP) yang tidak bertulis.

​Kita berdepan dengan janji yang hanya tinggal kata-kata. Disiplin yang semakin hari semakin pudar, digantikan dengan sikap acuh tak acuh. Apabila ditanya tentang hasil kerja, ribuan alasan dicipta untuk melarikan diri daripada tanggungjawab. Mereka fikir dengan meletakkan beban kesalahan ke bahu orang lain, mereka sudah 'selamat'.

​Namun, benarkah kita selamat bila kita sentiasa ada orang lain untuk disalahkan?

​Ada satu ungkapan yang sangat mendalam untuk kita renungkan:

​"If it is always someone else's fault, it is always your life."


​Ayat ini membawa kita kembali kepada melodi ikonik Michael Jackson dalam lagu "Man in the Mirror". Beliau menyanyi, "I'm starting with the man in the mirror..."

​Satu pesanan yang ringkas tapi tajam. Jika kita sentiasa hidup dalam dunia di mana kegagalan kita adalah kerana orang lain, bermakna kita telah menyerahkan seluruh kawalan hidup kita kepada mereka. Kita membiarkan sikap buruk rakan sekerja menentukan tahap stres kita. Kita membiarkan ketidakcekapan orang lain menentukan kejayaan atau kegagalan hari kita.

​The question remains: how long do we intend to be 'passengers' in our own lives?

​Jika setiap hari kita hanya sibuk mencari siapa yang salah, bila masanya kita akan mula melihat ke dalam cermin? Adakah kita mahu terus membiarkan "remote control" emosi dan masa depan kita dipegang oleh orang yang langsung tidak peduli tentang kualiti kerja mereka?

Take a moment to think. If everything today is someone else's fault... then who, exactly, is living your life tomorrow?

Comments

Popular Posts